Adda Sa'adah : Santai-santai udara di Sekin Fisherman & Village Resort

Saturday, 16 January 2016

Santai-santai udara di Sekin Fisherman & Village Resort

Salam sejahtera, lama jugak. Adda tak hapdate blog kan. Hurmmm. Sibuk sikit . Banyamnya kerja kena kejar. Sekarang pun menaip sambil berLADAP. Hihii. Redah jela labu sabtu pun kena kerja. Hihi.

Adda nak cerita, masa cuti tahun baru tempoh hari. Kami bercuti ke Sekinchan. Hubby on duty malam tu.  Kita kasi rest dulu sebelum gerak kat sana.

Masa dalam perjalanan nak ke Sekinchan, kami disajikan dengan pemandangan sekeliling yang sangat cantik. SubhanaAllah. Terujanyaaaa.

Lepas tu pulak nak cerita, sepanjang jalan ada oramg jual coconut shake dan cendol. Marvelos rasa die.

coconut shake ni sedap. Ranggup rasa badam dalam tu. Hihi tinggi giler bekas dalam gambar kecik eje. RM7.


Dan tak lama lepas tu kami pun sampai la ke Sekin Fisherman & Village Resort. Kalau korang semua pergi Sekichan make sure bawa bekas polisterin putih untuk borong seaafod yang fresh dari ladang.


Kalau nak tahu ni la MENTARANG. adik beradik lala & kupang je ni. 


By the way, nak bagitahu, mentarang ni boleh masak macam-macam jenis. Boleh bakar, goreng, celup tepung, masak lemak. Macam-macam la. Adda suka bakar je. Cicah air asam & belacan superb rasa dia. Jagung die pula gemuk-gemuk dan manis sangatttt.

Yeayyy, kami dah sampai sana. Perkara pertama bila sampai nampak kolam. Sempat usha-usha, masyaAllah banyaknya ikan patin dalam kolam tu. Hihi


Bila bagi je makan, berkerumun semua ikan. Agaknya lapar sangat kottt. Berebut sampai terpercik air. Hihi

Kami dah check in masuk bilik kami. Seronoknya. Nyaman giler sepanjang nak masuk bilik tu dikelilingi oleh pokok. Redup je rasa.

Sepanjang nak jalan ke bilik, ni la laluan die. Seronoknya kalau korang jenis suka nature ♥



ni bilik yangkami pilih. Bagi kami, bilik ni dah cukup selesa.

Okay, kami dah siap check in, kami nak berjalan-jalan di sekitarnya. Dorang cakap ada Menara Tinjau kat sini. Kat sana jugak ada pantai. Jadi kami pun pergilah berjalan-jalan tengok kawasan.

Dari depan kaunter dah dapat tengok Menara Tinjau ni. Sangat teruja. 

Fuhhhh bila dah panjat, tinggi jugak. Kalau jenis gayat, janganlah gedik-gedik nak naik. Takut kena terjun nak turun. Hehe ada la 90meter tinggi die. Hihi  sebenarnya gayat jugak tapi kawen dengan askar, buat-buat jela berani haha


Pemandangan dari atas Menara Tinjau.


Dari atas bersantai, ada kerusi hihi




Sehingga berjumpa lagi ♥ salam sayang adda.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...