Adda Sa'adah : Tips melancung ke Korea

Wednesday, 2 December 2015

Tips melancung ke Korea

Salam sejahtera.  Adda kan sebenarnya jeles tengok kawan-kawan pergi Korea.  Ramai update gambar pergi Korea. Jeles taw. InsyaAllah ada rezeki turn adda lak pergi Korea kan. Kumpul duit dulu sekarang.


Adda ada blogwalking kt blog pasal Korea. Maybe tips ni bermanfaat untuk korang semua yang nak pergi Korea tu.

Sangat berguna dengan tips-tips ni.  Jom share sama-sama:
 
 
1.    Masuk ke negara Korea Selatan tidak memerlukan visa.

2.    Travel sendiri (backpacker) lebih jimat berbanding menggunakan travel agent.

3.    Tapi kalau dah jadi backpacker kena la pandai-pandai buat research sendiri tempat yang menarik untuk dilawati, hotel atau guest house dan kemudahan pengangkutan.

4.    Pengangkutan yang paling mudah adalah subway. Bas pun okay jugak.

5.    Hotel/guest house boleh dibooking online melalui Agoda.com, Booking.com atau laman web hotel tu sendiri.

6.    Kalau stay di Namsan Guest House, bayar full payment cash masa check -in dan tak perlu deposit masa booking online.

7.    Buat itinerary iaitu jadual ke mana tempat akan dilawati day by day.

8.    Perjalanan mengambil masa selama 6 jam 20 minit.

9.    Masa makan dalam flight adalah 2 kali dan beli sendiri bukan dapat free (Air Asia).

10. Waktu di Korea awal sejam dari Malaysia.

11. Tukar siap-siap duit RM ke won di Malaysia. Bawak jugak duit RM cash dalam wallet.

12. Nak convert duit buat macam ni: contohnya 10,000 won buang 3 kosong kat belakang tu then 10 kat depan tu darab 3. That means 10,000 won = RM30.

13. Imigresen tak strict pasal makanan yang dibawa tak seperti Australia dan New Zealand. Bawalah apa sahaja seperti serunding, nasi impit, meggi, kari ayam, periuk belanga, rice cooker, peti ais.

14. Masa di imigresen, kastam tak check beg pun tapi kalau pakai jaket kena buka jaket.

15. Suhu waktu spring pun agak sejuk. Lebih kurang 8*c-10*c. Pakai baju berlapis. Bawak jaket. Winter coat yang tebal-tebal tak perlu.

16. Tempat shopping yang popular ialah Myeongdong, Namdaemun, Dongdaemun dan Insadong.

17. Kedai makanan halal banyak terdapat di Itaewon.

18. Hard Rock Cafe Seoul masa kami pergi sudah tidak beroperasi lagi.
 
19. Full House, Nami Island, Aiins World dan Everland terletak jauh sikit dari bandar Seoul. Masa perjalanan hampir 1 jam. Perlu naik train, bus, ferry, teksi, basikal dan sebagainya.
 
20. Install application Jihachul daripada android/apple pada smart phone anda supaya mudah untuk study subway route map. Tak perlu internet.
 
21. Install application arah kiblat jugak sebab kat Korea tak ada petunjuk arah kiblat dan jugak waktu solat di sana. Boleh buat jamak dan qasar.
 
22. Beli T-Money card di 7 Eleven, GS25, atau Family Mart untuk memudahkan proses menaiki train atau bas. Saya topup 50,000 won untuk 5 hari.
 
23. Bawa botol air ketika masuk toilet sebab toilet kat sana tak ada paip dan hose untuk membasuh.
 
24. Stay di guest house yang dekat dengan subway atau tempat tumpuan pelancong.
 
25. Dalam subway station ada escalator tapi ada juga yang tak ada dan perlu naik tangga.
Sangat azab untuk warga emas dan wanita mengandung. Kalau sanggup tunggulah lif.
 
26. Dalam train atau bas pulak ada signboard yang akan tulis nama station yang akan berhenti dalam English. So, tak perlu risau kalau terlepas station ke apa.
 
27. Signboard-signboard juga dalam English.
 
28. Certain-certain warga Korea je yang pandai cakap English. Yang lain kalau kita tanya dia cakap bahasa dia. Kalau kita tanya harga dia akan tunjuk pada kalkulator.
 
29. Perkataan yang popular ialah "Annyeonghaseyo"- Hello/Hi dan "Kamsahamnida" - Terima Kasih "Eolmaeyo" - Berapa harganya? "Kaka Juseyo" - Boleh bagi diskaun?
 
30. Kalau lalu di depan kedai kosmetik macam Etude House ke Tony Moly ke Nature Republic ke dia akan bagi free gift macam facial mask tapi kita kena gak masuk dalam kedai dan beli. Erkkk. Macam tak free je.
 
31. Jangan try makanan-makanan macam kek, kastad, muffin, roti, chocolate atau sebagainya. Nampak macam halal tapi kita tak tau ingredient dia mungkin ada containwain atau lard. Kalau tak tau sila google apa dia lard.
 
32. Kalau makan di kedai atau restoran, plain water akan diberi percuma. Jimat duit tak perlu beli air. Hehehe tapi kalau nak air lain boleh je order.
 
33. Kebanyakan makanan set akan didatangi bersama 3-4 jenis side dishes dan selalunya ada kimchi. Sedap!
 
34. International plug adapter perlu ada. Sebab plug di sana lain dari Malaysia. Boleh beli di 7 Eleven kat sana.
 
35. Aktifkan phone roaming. Aktifkan kad kredit. Jika ada dan jika perlu.
 
36. Wifi ada di merata tempat even dalam subway tapi kena bayar bukan free.
 
37. Apa lagi eh? Hehehe.
 
38. Kat Namsan 2 Guesthouse ada alat penimbang, so bolehlah timbang berat beg sebelum ke airport.
 
39. Airport Incheon sangat besar sampai kena naik train dari satu terminal ke satu terminal. Sila datang awal ke airport jika tidak mahu ditinggal flight.
 
40. Ermmm tu je kot. Kalau ada lagi saya akan update kemudian.

Credit to :http://inicelotehaku.blogspot.my/2014/04/tips-trick-ke-korea.html

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...