Adda Sa'adah : Tahniah Wie, Tauliah sebagai Parajurit Muda Air Force

Thursday, 17 December 2015

Tahniah Wie, Tauliah sebagai Parajurit Muda Air Force

Salam sejahtera,

Adda nak share satu benda, yang adik adda dah ditauliah sebagai Parajurit Muda Air Force. Adik adda ambil bahagian sajian. Korang dengar je bahagian Sajian tapi training dia Ya Ampun rasa nak menangis dengar. Dah nama kalau masuk askar training dia macam masuk askar la hihi. Bukan calang-calang taw.

Ku masih tak percaya adik adda lepas latihan ni sebab die ni manja sikit hihi sikit-sikit menangis. Masa training selalu jugak dia pengsan dan masuk ward cuma alhamdulilah bila check lepas. Sampai orang ambulans cakap kau masuk ni mesti guna kabel. Ya Allah adik saya tak guna kabel pum. Kabel kami hanya Allah.

Sama jugak macam situasi adda dapat pindah, orang cakap die ada kabel la tu. Guna kabel la tu. Syukur alhamdulilah, adda berjaya pindah dari Sabah ke KL. Kat sana tak sampai 2 tahun. Lepas tu duduk sekolah baru tak sampai setahun adda apply tukar dalam daerah. Dan berjaya jugak. Apa pun, adda percaya dan yakin hidup ni ada getaran. InsyaAllah apa kita fikir & rasa itu yang akan t erjadi. So selalu lah berfikiran positif ye ♥

Sepanjang dia trainig kat sana kami satu family kerap bagi semangat dorongan jangan mudah putus asa. Memang tiap kali die telifon menangis aje kerja. Raya tak dapat balik. Sodih weyhhhh.


So, finally 6 bulan dah berakhir. Adik adda tauliah di institut Tentera Udara, Ipoh, Perak. Adik adda cakap dia apply masuk sana bila tengok iklan kat akhbar. Those yang bercita-cita nak jadi askar, bolehlah jenguk-jenguk bila pengambilan siri seterusnya. Sebelum nak lepas trainning tu, kena temuduga dulu. Make sure that you are enough fit taw. Lepas tu awal-awal beberapa jam lepas lapor diri pun dorang akan check lagi. Masa tu adik cakap ramai kena buang sebab awal2 dah tak tahan trainning. 3 bulan pertama memang kaw-kaw latihan dia. Korang bertabahlah ye. Hihi











Tadaaaa. Tahniah wie ♥ 


 Hasil sebelum dan selepas tamat latihan. Kalau pompuan yang rasa sayang kulit. Sila fikir sejuta kali. Ni pun dia nak angkut segala bagai make up die, tapi kang kena rampas rugi je. Baik tinggal je kami cakap.  Hihi

salam sayang & jumpa lagi ♥


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...