Adda Sa'adah : Tips jerebu

Monday, 12 October 2015

Tips jerebu

Salam petang.

Tadi masa memandu untuk ke tempat kerja, admin perasan kabus masih tebal walaupun dah jam 7.00 pagi. Admin pelik kenapa tebal sangat sedangkan dah pukul 7.00 pagi. Biasanya kalau dah pukul 7.00 pagi dah cerah dan matahari dah tunjuk diri sendiri dah. Tapi tadi tak macam tu. Admin syak masih jerebu lagi.

Sekali kawan-kawan kat tempat kerja check IPU rupanya naik sedikit.

Tips jerebu dari admin ialah

1. Minum air sebanyak mungkin dan sekerap mungkin. Cuaca tak berapa elok. Air memastikan badan sentiasa cukup bendalir.

2. Pakai topeng N95 atau topeng yang sesuai. Topeng biasa tak sesuai. Pilih topeng yang mampu tapis ke saluran pernafasan.

3. Makan makanan tambahan seperti vitamin C & garlic. Nak-nak sekarang musim cuaca tak menentu , jadi pengambilan makanan tambahan sangat penting untuk tingkatkan sistem imunisasi anda dari di serang anasir luar.

Sayangi lah anak anda, jangan bawa keluar bila berjerebu ni. Admin pernah baca yang jerebu ni memberi kesan jangka panjang untuk sistem pernafasan kanak-kanak.  Yela, mereka kemungkinan terdedah kepada penyakit sakuran pernafasan seperti asma. Bahaya nya! Nauzubillah dari terkena famili kita semua.  Take care semua ♡

Salam sayang --- adda

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...