Adda Sa'adah : 6 cara meningkatkan Rezeki

Monday, 7 September 2015

6 cara meningkatkan Rezeki

Salam sejahtera.

Sharing kali ni adalah cara untuk meningkatkan rezeki. Mesti ramai nak tingkatkan rezeki masing2 kan. Yela taraf ekonomi makin meningkat, barang keperluan , akin naik. Dah kahwin ada anak lain pulak cerita nya! Nahhhhh adda list kat bawah STRATEGI MURAH REZEKI.


1. BERTAUBAT

“Sehingga aku berkata (kepada mereka): Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun. (Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu” [Surah Nuh 71: 10-11]

2. TAKWA

…dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya)… [Al-Talaaq 66 2-3]

3. ERATKAN SILATURRAHIM

Daripada Anas RA bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda, “Sesiapa yang suka diluaskan rezeki dan dipanjangkan umurnya maka hendaklah dia mengeratkan silaturahim”. ~Bukhari dan Muslim

4. BERSEDEKAH

“Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya, dan Ia juga yang menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya; dan Dia lah jua sebaik-baik Pemberi rezeki”. [Surah Saba’ 34: 39]

5. BERIBADAH

“Firman Allah: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Hadis Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

6. MENUNAIKAN HAJI DAN UMRAH

“Lanjutkanlah haji dengan umrah, karena sesungguhnya keduanya menghilangkan kemiskinan dan dosa, sebagai-mana api dapat menghilangkan kotoran besi, emas dan perak. Dan tidak ada pahala haji yang mabrur itu me-lainkan Surga” (Hadis riwayat Imam Ahmad, At-Tirmidzi, An-Nasa’, Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dari Abdullah bin Mas’ud r.a)

Mudahan kita dapat amalkan bersama.

Credit untuk : Irfan Khairi

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...