Adda Sa'adah : Masalah sembelit - Jom LET IT GO!

Sunday, 16 August 2015

Masalah sembelit - Jom LET IT GO!

Salam sejahtera.

Rasanya masalah sembelit dihadapi oleh majoriti orang kat Malaysia. 

Apakah sembelit?
Sembelit ialah keadaan dimana kekerapan membuang air besar menjadi kurang atau kesukaran membuang air besar.



Adakah ianya sesuatu yang biasa berlaku di kalangan kanak-kanak dan apakah faktor yang menyumbangkan kepada keadaan ini?
  • Masalah ini adalah biasa di kalangan kanak-kanak tetapi biasanya hanya sementara.
  • Faktor yang menyebabkan sembelit ialah:
    • Pengambilan serat yang tidak mencukupi.
    • Pengambilan cecair yang tidak mencukupi.
    • Kurang bersenam.
    • Menahan keinginan untuk buang air besar.
    • Mempunyai penyakit yang menyebabkan sembelit contoh penyakit Hirschprung atau hypothyrodism.
    • Ubat-ubatan contoh ubat tahan sakit narkotik.
Bagaimanakah cara untuk saya tahu jika anak saya sembelit?
Tanda-tanda dan gejalanya termasuk :
  • Tidak membuang air besar untuk beberapa hari atau keadaan najisnya kering dan keras.
  • Sakit perut.
  • Sakit ketika membuang air besar seperti menyempitkan duburnya, tidak boleh duduk diam dan muka bertukar menjadi kemerah-merahan.
  • Ada kesan kotoran najis pada seluar dalam kanak-kanak.
Apakah masalah yang akan terjadi sekiranya menghidapi sembelit?
  • Terjadinya luka kecil dibahagian dalam dubur (anal fissure) yang boleh menyebabkan perdarahan dan kesakitan.
  • Enggan membuang air besar.
  • Merasa malu disebabkan kesan kotoran najis pada seluar dalam.
  • Komplikasi berlaku akibat dari penyakit yang dihidapi contoh usus tersumbat dalam penyakit Hirschprung.

Bagaimanakah mengendalikan kanak-kanak sembelit?
Penilaian
  • Penting untuk menilai situasi bagi mengecam dan merawat penyakit yang dihidapi.
Pemakanan
  • Lebihkan pengambilan makanan berserat (buah-buahan, sayuran hijau dan bijirin) dan cecair di dalam pemakanan harian kanak-kanak.
  • Untuk bayi yang masih kecil dan belum memulakan pengambilan makanan adalah penting untuk memastikan susu yang di ambil mencukupi. Pertukaran susu formula mungkin boleh dilakukan selepas mendapat nasihat dari doktor.

Latih tabiat ke tandas
  • Memperkukuhkan tabiat ke tandas secara berkala dan tetap waktunya.
Senaman
  • Bersenam secara berkala boleh membantu masalah sembelit.
Ubat-ubatan
  • Jika keadaan semakin serius, doktor mungkin memberi ubat untuk melembutkan najis atau enema bagi mengeluarkan najis.
Bagaimanakah latihan tabiat ke tandas dilakukan?
  • Anak anda harus duduk di atas mangkuk tandas sekurang-kurangnya 15 minit setiap hari.
  • Semasa membuang air besar, anak anda boleh membaca buku.
  • Konsisten, kesabaran dan ketekunan diperlukan supaya latihan ini berjaya.
Bagaimanakah cara mencegah keadaan ini daripada terjadi?
  • Tingkatkan pengambilan makanan tinggi serat dan air yang mencukupi.
  • Senaman secara tetap dan berkala.
  • Melatih tabiat membuang air besar setiap hari.
Apakah tanda-tanda amaran untuk diberi perhatian?
Dapatkan nasihat daripada doktor anda jika:
  • Sembelit berlarutan melebihi 8 minggu.
  • Aktiviti harian anak terjejas.
  • Berlaku luka kecil di bahagian dalam dubur.
  • Sebahagian kecil daripada usus terkeluar daripada dubur (termasuk buasir).
  • Gagal mengeluarkan najis melalui dubur.
  • Terdapat kesan kekotoran najis pada seluar dalam anak.
Tarikh Kemaskini:26 April 2012
Penulis:Dato’ Dr. Lim Nyok Ling
:Dr. Lim Sern Chin
Penyemak:Dr. Chong Sze Yee
Kredit untuk : SEMBELIT

SHAKLEE REMEDY :


Sebarang pertanyaan :

Whatsapp 013-3324830 adda
FB : Saudagar Vitamin


Disclaimer : * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.







No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...