Adda Sa'adah : A Journey To Master Coordinator - Part 1

Tuesday, 8 December 2015

A Journey To Master Coordinator - Part 1

As salam, entry ini mengambil masa terlalu lama untuk di publish. Yeap, adda nak sangat naik ke pentas Master Coordinator. PASTI. Mak hebat anak kena hebat ! Soalan lazim yang orang akan tanya adda macam mana boleh kenal Shaklee?
Okay first of all, adda kenal Shaklee dah lama sebab sedara adda buat bisnes Shaklee jugak. Memang pada awalnya dia ada ajak adda untuk join Shaklee. Ntah kenapa, adda tak pernah nak google nak cari pasal Shaklee. Niat nak join tapi tergendala di situ. Masa adda di approach untuk join Shaklee, adda tengah galok buat bisnes Choc Empire masa tu. Jadi fokus masa tu agak sedikit kurang untuk benda lain. Nak dijadikan cerita, lepas adda dapat posting Sabah, adda balik Kelate. Masa tu cuti raya kalau tak silap. Gileerrrr kalau duduk Sabah tak makan seafood. Bantai jugak makan walaupun duk tergaru-garu. Dalam hati cakap tak makan rugi sebab seafood sini fresh giler plus murah. Adda pernah jugak angkut ketam bawa balik Kelate. Murah giler taw sebab adda posting kawasan dekat perlabuhan.
Dalam pada masa tu la, duk tercari-cari supplement untuk kurangkan masalah alahan atau alergik sepi seafood ni. Tak sangka pulak hilang terus! Syukur alhamdulilah. Okay, masa tu adda pergi KB, tengah drive then nampak Shaklee Branch. Saje gatal2 nak stop masuk dan nak beli. Sekali, masa mula-mula masuk, orang first yang sambut adda masa tu ialah Master Rozliza! Masa tu mati-mati ingat Master Rosliza tu owner branch hihi. Rupanya kza pergi ambil barang kat sana. Adda cerita la cakap nak alfafa. Then cerita cerita terus sign up ahli bawah kza. Masa tu, try makan alfafa je baru. Nampak perubahan sikit. Jerawat kecut. Seafood dah boleh makan sikit. Pembuangan jadi lawas. Toksin dibuang. Banyak perubahan ketara yang dapat adda rasa masa tu dalam ,masa sebulan. Then bulan seterusnya adda terus angkat VITAMIN C, BCOMPLEX ALFAFA. Bila konsisten makan benda ni selama 3 bulan berturut-turut alhamdulilah. Dalam masa 3 bulan adda pantang. Lepas 3 bulan try makan seafood balik, alhamdulilah tak mengaru dah! seronoknya! Sukaaaa.
Bila adda sendiri dah dapat result, terdetik kat hati, kenapa aku tak buat bisnes. Boleh cari makan kot benda ni. Lagipun masa tu adda sendiri dah try memang berkesan. Kajian klinikal Shaklee berjaya menarik dan menawan hatiku. Disokong pula dengan LANDMARK RESEARCH. Masa tu kat Sabah, jadi adda ambil keputusan untuk buat Shaklee bila balik cuti hujung tahun sebab senang boleh jumpa my sifu - Master Rosliza. tarikh keramat yang akan sentiasa diingat 27 November 2013 tarikh adda start buat bisnes Shaklee secara serius. Balik Kb, coaching dengan Master Rosliza.
I was so eager nak naik rank SUPERVISOR. Rank pertama dalam Shaklee. Bulan pertama usaha masih tak dapat, bulan ke dua Alhamdulilah naik rank! excited gilerrrrrr. Masa tu adda kat Sabah. Nak menangis sebab kat sana line payah yang amat. Masa nak order barang masa hari closing tu, adda sampai kena angkat laptop tinggi cari line. Last2 kat dapur jugak ada line. Sampai dapur angkut laptop. Bila kenang balik rasa kelakar.
Masa kat Kunak, adda tak da kereta. Jadi kenderaan adda nak keluar ialah naik prebet. Adda biasanya call dan dorang akan ambil depan rumah. Pernah jugak call dan tunggu tapi tak sampai-sampai. Adda rasa nak menangis je sebab nak pos barang customer. Adda fikir positif je masa tu. Yeap, naik rank di Kunak agak sedikit memcabar.
Pernah jalan kaki dari rumah keluar sikit tunggu prebet tepi jalan. Tahan prebet tepi jalan. Kelakar pulak rasa. Hihi Memang tak boleh ingat la kelam kabut kat sana.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...