Adda Sa'adah : Cara berhenti merokok

Tuesday, 20 January 2015

Cara berhenti merokok

As salam dan salam sejahtera. Entry kali ini insyaAllah adda akan share cara untuk berhenti merokok. Ramai orang tahu bahaya merokok tapi masih merokok nak2 lelaki kan. Konon macho la tu. Hihihi Lagi handsome kalau tak hisap rokok, hisap choki2 lagi handsome taw.
nah adda listkan cara untuk berhenti merokok mana tahu kot ada suami, pak sedara, sepupu lelaki nak berhenti merokok kan.

1. Lengahkan
Jika ada rasa mahu 'pekena sebatang' lengahkan. Lewatkan 10 minit. Buatlah perkara lain dulu. Minum kopi atau buat apa saja yang boleh mengalihkan perhatian. Ulang sebanyak mungkin bila tiba rasa nak merokok.

2. Tolak Konsep 'Cukuplah Sebatang'
Jangan terperdaya dengan 'cukuplah sebatang'. Tak payah hisap langsung jika sudah ada keinginan nak berhenti merokok. Ini kerana sebatang rokok akan menyebabkan rokok dihisap habis sekotak.

Hat ni hangpa tak yah nak try sebatang ja. Dari sebatang jadi berbatang pulak. Hihi

3. Elakkan Punca Merokok
Kenali apa punca merokok. Contohnya sebab nak setaraf dengan kawan-kawan, elakkan stress, duduk melepak atau berkumpul dengan kawan-kawan. Cuba sebaik mungkin untuk terlibat dengan punca-punca merokok ini. Jika ramai kawan-kawan yang merokok. Elakkan untuk lepak bersama. Atau pindah tempat melepak ke tempat yang dilarang merokok. Contohnya dalam masjid.

4. Bersenam
Ya cara berhenti merokok nie sangat membantu menghilangkan ketagihan merokok. Adakan rutin 30 minit senaman setiap hari. Jika tersangkut di pejabat. Lakukan senaman ringan seperti push up, lari-lari anak atau buat solat sunat dan jika ada masa lagi bacalah Al-Quran. Dan berdoa minta Allah kuatkan semangat untuk tak menjamah rokok.



5. Libatkan Keluarga Dan Rakan-Rakan
Beritahu ahli keluarga dan kawan-kawan bahawa korang mahu berhenti merokok. Jadi bila timbul keinganan nak merokok. Beritahu mereka. Dan sudah pasti mereka akan ingatkan kembali niat murni korang yang dah tak nak merokok. Paling baik, beritahu pada isteri. Sudah pasti dia akan menyokong 100% keputusan itu.

7. Ingatlah Kebaikan Tak Merokok
Buat senarai atau sebutkan kebaikan-kebaikan yang korang dapat jika tak merokok. Sebagai contoh, isteri makin sayang. Anak-anak bertambah sihat. Korang makin awet muda. Nafas dah berbau harum, jadi jika belum kahwin mudah sikit nak bertemu jodoh. Apa saja yang menambahkan semangat untuk tak merokok lagi.

8- Menguyah
Jika rasa nak merokok, kunyah adalah cara berhenti merokok yang paling simple. Cari bahan kuyahan yang sihat. Kacang atau gula-gula getah yang kurang gula.

gula-gula zaman sekolah dulu hihi


dulu suka makan gula udang ni.Acah2 makan plastik hehe rindu kenangan zaman kecil duluuuu how times flies ♥


9- Guna Alat Bantuan
Banyak yang ada dipasaran. Nikotin tablet, patches, gula-gula getah bagi memenuhi keperluan nikotin yang menggila. Atau boleh cuba Vivix Shaklee, tonik ni akan membuatkan korang rasa tepu. Dan tak mahu dah hisap rokok. Bau rokok nie busuk, rasa pahit dan rasa mencucuk-cucuk masa menghisap rokok. Sampai 2, 3 pam pun takkan lalu.



Nota: Macam mana Vivix boleh buat perokok kalah untuk merokok? Ini kerana Vivix akan memulihkan DNA dengan cara membuang nikotin pada tahap sel-sel DNA. Jadi DNA akan kembali pulih dan dengan sendiri akan menolak bahan asing nikotin dari tubuh. Vivix Shaklee BUKAN terapi pengganti nikotin. Tapi ianya terapi membuang nikotin.



Adda Sa'adah
Shaklee Independent Distributor 946350
012-9489152


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...