Adda Sa'adah : TANDA-TANDA ANDA HAMIL. TAHNIAHHHHH!

Wednesday, 3 September 2014

TANDA-TANDA ANDA HAMIL. TAHNIAHHHHH!


As salam & Salam Sejahtera. Rasanya kali ni adda nak share dengan semua tanda-tanda awal kehamilan. Yela, masa cuti bulan 5 & 6 yang lalu ramai yang telah menamatkan zaman bujang masing-masing. Jadi tak mustahil jugak ramai yang telah mendapat khabar gembira kan. Jadi di sini adda nak share sedikit tentang tanda-tanda awal kehamilan. Bagi mereka yang baru pertama kali mengalami pengalaman ini, semestinya sukar untuk mereka mengetahui tanda-tanda awal sebab tak pernah mengalami sebelum ini. Bila dah masuk anak ke dua baru la korang semua expert.

Gambar kahwin Adda dengan Kapt Z. :)

Cara satu yang paling senang ialah beli pregnancy test kat farmasi atau toko jamu berdekatan. Baca je instruction kat belakang tu dan lepas beberapa minit gitu tengok hasil. Kalau naik double lines maksudnya korang bakal jadi MOMMY. kalau single line takpe, cuba lagi. Kalau masih terlalu awal, pregnancy test tu tak boleh detect jugak. Jadi, kalau period anda dah lewat dua lebih, adda cadangkan pergi jumpa doktor kalau pregnancy test tu tak boleh detect. Kalau agak-agak dah lewat period, ambil terus langkah berjaga-jaga dengan tidak mengangkat barang berat sebab rahim tak kuat lagi - adda cadangkan untuk ambil Bcomplex Shaklee yang lengkap dengan FOLIC ASID untuk menguatkan rahim, tak makan benda yang tajam seperti nenas, makan makanan berminyak, makan makanan yang berangin seperti duku.

kat bawah ni adda bagi list untuk anda ketahui tanda-tanda kehamilan :

1. Rasa Lapar yang berpanjangan

Biasa terjadi pada orang yang tidak hamil tetapi lebih kerap terjadi pada awal kehamilan.  Jangan bergantung sepenuhnya kepada tanda ini tetapi sekiranya ia berlaku disamping tanda-tanda kehamilan yang lain, bersiap sedialah membilang hari anda.

2. Perubahan pada warna di sekeliling payudara
Sekiranya kulit disekitar puting anda menjadi kehitaman , kemungkinan anda sudah pun beberapa minggu mengandung.  Walaubagaimanapun, ia juga terjadi disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon tidak berkaitan dengan kehamilan atau disebabkan kandungan yang terdahulu.

3. Kerap membuang air kecil


Sekiranya janin sudah mula terbentuk dan rahim yang semakin membesar mula menekan pundi kencing anda, anda akan merasa kerap untuk buang air.

4. Merasa tidak bermaya

Rasa seperti tiada tenaga sepanjang masa?  Hormon yang dikeluarkan di masa awal kehamilan boleh membuatkan anda berasa letih dengan cepat.  Rasa letih dan tidak bermaya adalah sesuatu yang kerap terjadi di awal kehamilan.


Cadangan adda untuk lebih bermaya : Selepas 3 bulan kehamilan, boleh ambil ESP Shaklee.
5. Sakit dan tegang pada buah dada

Sekiranya anda mengandung , buah dada anda akan menjadi sakit pada sentuhan, agak serupa dengan ketidakselesaan yang terjadi pada buah dada anda sebelum haid.  Apabila badan sudah menjadi biasa dengan kejadian hormon ini, kesakitan akibat ketegangan akan menjadi semakin berkurangan.

6. Pendarahan implantasi dan senak pada ari-ari

Lebih kurang 8/10 hari selepas ovulasi , anda mungkin akan mengalami sedikit pendarahan dari faraj dan senak pada ari-ari akibat dari implantasi.  Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama semasa pada sekitar masa anda sepatutnya datang haid hari pertama.  Ini disebabkan oleh implantasi atau menempelnya embrio.

7. Rasa loya dan muntah 

Sekiranya anda bernasib baik, morning sickness ini tidak akan menyerang, kecuali selepas beberapa minggu hamil.  Tetapi segelintir wanita akan mula merasa mual dan rasa luar biasa pada lidah walaupun cuma selepas beberapa hari mengandung

Cadangan adda : Telan OSTEMATRIX & PAPPERMINT GINGER PLUS DARI SHAKLEE


8. Suhu asas badan tinggi berpanjangan

Sekiranya anda memang sedang membuat pemerhatian dengan mengambil suhu asas badan anda setiap pagi, anda akan mendapati paras suhu badan secara konsisten melebihi paras asas sejak dari hari pertama ia naik.


Cadangan adda : Ambil vit C


Terima kasih. 



Adda Sa'adah 
Shaklee Distributor - 946350
012-9489152

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...