Adda Sa'adah : PERSEDIAAN AWAL MENGANDUNG ANAK PERTAMA

Sunday, 7 September 2014

PERSEDIAAN AWAL MENGANDUNG ANAK PERTAMA

As salam dan selamat berhujung minggu. Tiba-tiba jari terasa macam nak berkongsi info tentang persediaan ibu-ibu yang mengandungkan anak sulung atau anak pertama. Yelaaa. bagi anak sulung, mesti banyak persediaan yang perlu dibuat kan sebab tak pernah ada pengalaman lagi kan. Adda pasti bagi pasangan suami isteri yang mengandungkan anak sulung ni mesti perasaan tu teruja lain macam kan. EXCITED la katakan. Nak tengok end products macam mana. End products tu kira baby yang keluar la. tak sabar nak tengok baby tu ikut muka siapa la kan. Nak tahu macam mana movement baby sepanjang dalam perut. Semua perasaan tu teruja kan. Mesti seronok bulan pertama tengok kecil lagi, datang bulan depan dah besar sikit. Sampai la baby tu dalam perut cukup sifat. Semua perasaaan tu teruja bagi semua orang. Apa pun, makan kena jaga ye uolsss. Jangan sembarang je makan. 





KESAN-KESAN SEMASA KEHAMILAN 

Dalam proses pembesaran bayi dalam kandungan, si ibu akan merasakan lenguh di bahagian kaki. Bahagian betis, peha dan jari-jari kaki akan terasa sakit dan adakalanya ia boleh menyebabkan kebas atau kejang. Sakit seperti ini biasa berlaku di kalangan ibu yang mengandung. Oleh itu, para ibu tidak perlu takut jika ia sekali sekala menyerang anda.




TIPS ADDA : Cuba amalkan OSTEMATRIX sepanjang proses kehamilan anda. InsyaAllah.





Semasa mengandung, kulit di bahagian perut dan payudara akan menjadi tegang, ini kerana anak di dalam kandungan yang semakin membesar. Ketegangan kulit di perut dan payudara akan menyebabkan ia kering dan gatal. Bagi mengelakkan kekeringan kulit, ibu-ibu digalakkan menyapu bahagian yang kering itu dengan baby oil atau minyak zaitun. Ibu-ibu juga diingatkan supaya tidak menggaru kulit yang kering itu kerana ia akan memudaratkan.





Pada 12 minggu pertama kehamilan, payudara akan mula membesar. Ini kerana proses pembentukan susu dan adakalanya payudara akan membengkak. Tetapi ia boleh diatasi dengan penjagaan yang lebih teliti. Perkara asas yang perlu dititikberatkan adalah pemakaian anak baju. Anak baju yang paling sesuai ialah daripada jenis kapas berbanding nylon, kerana ia berupaya menyerap udara.

Anda dikehendaki memakai anak baju setiap masa apabila usia kandungan menjangkau lapan bulan. Pada waktu inilah payudara memerlukan penjagaan yang paling baik. Payudara perlu ditampung setiap masa pada waktu ini. Bagi ibu yang mengandung sulung, anda akan dapati puting susu akan mengeluarkan sejenis cecair, iaitu ‘coloestrum’. Jangan risau, kerana itu adalah bahan permulaan untuk mengeluarkan susu. Jika anda berasa tidak selesa, lapikkan payudara anda dengan kain dan tukarlah ia apabila telah basah.

Menurut seorang pakar Neurosains, Prof. Dr. Haji Azizan Haji Ismail, ibu yang mengandung adalah tidak digalakkan meminum minuman yang berkafein seperti Nescafe atau kopi. Hal ini akan menyebab tumbesaran anak di dalam kandungan terganggu. Makanan yang mengandungi alkohol dan karbohidrat (roti, kentang, gula dan cokelat) juga perlu dielakkan. Makanan berkhasiat seperti telur, ikan, keju, daging dan hati perlu diambil ketika mengandung. Buah-buahan seperti limau, pisang, betik, tembikai, dan sebagainya juga baik untuk dimakan. Minumlah susu sebanyak mungkin kerana ia mempunyai kalsium yang baik untuk anda dan anak anda.




TIPS ADDA : Amalkan ESP, OSTEMATRIX, OMEGA GUARD,

VITALEA & VIT C 



Dalam tempoh kehamilan, si ibu memerlukan rehat yang cukup bukan sahaja dari segi fizikal malah mental. Mental yang terganggu akan mendatangkan kesan yang tidak baik kepada badan juga anak di dalam kandungan. Pada waktu ini anda tidak digalakkan melakukan kerja-kerja berat. Satu jam selepas makan tengah hari, anda digalakkan berbaring dan membaca bahan bacaan yang ringan. Rehatkan fikiran anda dengan melakukan kerja-kerja yang ringan seperti menjahit, menyulam dan sebagainya. 


Nutrisi penting sewaktu hamil

* Protin - Pastikan tiga makanan utama diambil mengandungi protin tinggi seperti kekacang, daging, telur keju yang berfungsi membina tisu dan otot bayi




TIPS ADDA : Kalau anda rasa sukar untuk dapatkan potein dari luar, boleh cuba ESP SHAKLEE yang kaya dan tinggi dengan protein. 

* Kalsium - Banyakkan pengambilan susu, ikan dalam tin, kacang soya, tauhu dan produk tenusu yang penting untuk menguatkan tulang dan gigi bayi

TIPS ADDA : Jika anda ada masalah untuk menelan susu gantikan dengan OSTEMATRIX yang bersamaan dengan 1 gelas berkalsium tinggi dan bersamaan 80 biji badam.







* Zat besi - Banyakkan pengambilan daging merah bagi melancarkan perjalanan darah bayi dan ibu di samping vitamin C. Misalnya tiram, buah kering, kacang soya, bijirin, roti gandum dan kekacang



* Asid folik - Ia sangat penting dalam kehamilan. Ia membantu mengatur pembentukan sel saraf 'embryonic' dan 'fetal' yang penting untuk tumbesaran normal. Banyakkan pengambilan makanan mengandungi asid folik seperti barli, daging lembu, beras perang, keju, ayam, buah kurma, sayuran berdaun hijau, daging kambing, hati, susu, cendawan, oren, ikan salmon, tuna, gandum dan bijirin

TIPS ADDA : Cuba amalkan BCOMPLEX Shaklee yang lengkap dengan Folic Asid. Tak pregnant pun boleh amalkan sebab menjaga rahim anda.


* Serat - Banyakkan mengambil makanan serat tinggi kerana ia berperanan menghalang penyerapan zat gizi lain seperti lemak, karbohidrat dan protein. Makanan seperti buah-buahan, roti gandum, bijirin dan bertih jagung

* Air - Amalkan meminum air putih lapan hingga 12 gelas sehari. Tubuh ibu mengandung juga memerlukan cecair seperti susu, jus dan sup.

*** Akhir Kalam semoganya bermanfaat buat anda. InsyaAllah. Jom istigfar 1000x.







HUBUNGI :

Adda Sa'adah 
012-9489152
Shaklee Distributor - 946350




2 comments:

  1. smoga maju dlm bisnes shaklee yg cikgu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sharina : InsyaALLAH AMIN. Mudah-mudahan Sha :)

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...