Adda Sa'adah : MENJAGA MATA CARA RASULLULAH S.A.W

Friday, 5 September 2014

MENJAGA MATA CARA RASULLULAH S.A.W

Bercelak 


Sebenarnya Rasullulah saw sendiri sangat menjaga kesihatan mata. Baginda mempunyai cara tersendiri bagi menjaga kesihatan mata iaitu dengan memakai celak. 

Rasullulah saw bersabda :"Bercelaklah kamu dengan ithmid (kerana ianya) mencerahkan pandangan , dan melebatkan rambut." (riwayat al-Tirmizi) 

Ada riwayat lain menjelaskan Rasullulah saw memakai celak tiga kali pada mata kanan dan kiri sebelum tidur. Ini berdasarkan hadis Ibn Umar :"Rasullulah saw sentiasa memakai celak dengan batu celak setiap malam sebelum baginda tidur. 

Baginda memakai celak pada kedua matanya sebanyak 3 kali goresan."(riwayat Ibn Majah)

Ibn Abas menjelaskan bahawa Rasullulah saw mempunyai tempat celak Baginda sendiri:"Nabi memiliki tempat celak dan Baginda bercelak dengannya 3 kali di tiap-tiap matanya." (riwayat Ibn Majah)

Sememangnya Rasullulah saw melarang lelaki menyerupai wanita dan melarang wanita menyerupai lelaki. Walau bagaimanapun , memakali celak harus bagi lelaki dan wanita. 

Rasullulah saw tidak mewajibkan memakai celak kepada umatnya tetapi ia lebih dilihat sebagai satu bentuk galakan. 

Celak yang terbaik adalah daripada bahan bernama ithmid. Rasullulah saw bersabda :"Sesungguhnya celak terbaik untuk kamu pakai ialah al-ithmid(batu celak). Ia mampu menajamkan pandangan mata dab menumbuhkan rambut." (riwayat al-Nasa'i)

Jaga Matamu 

Banyak faktor yang menyebabkan mata rosak, antaranya : 

  • Banyak menonton televisyen dalam jarak dekat . Jarak seseorang dengan televisyen sepatutnya hendaklah melebihi 2 meter. 
  • Menghadap komputer terlalu lama. Sekiranya seseorang itu memang berkerja mengadap komputer, ambillah masa untuk melihat objek lain bagi merehatkan mata. Contohnya setelah sejam atau 2 di depan komputer berhenti sekejap dan lihatlah objek-objek berwarna hijau di luar. 
  • Membaca buku dalam jarak yang dekat atau berbaring. Jarak yang selamat apabila membaca buku ialah 30 cm daripada buku. Jika terlalu dekat ia akan menjadikan mata tegang dan mengakibatkan rabun jauh untuk jangka masa panjang.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...