Adda Sa'adah : Period Pain ~ Pliss Go Away

Wednesday, 13 August 2014

Period Pain ~ Pliss Go Away

Assamualaikum dan salam sejahtera,

Ya, sakit ketika datang bulan  memang sangat sakit dan menyeksakan. Ada orang yang sampai perlu ambil MC atau cuti rehat, bagi seorang pelajar pula ada yang skip kelas jika senggugut datang melanda. Adda dulu pun selalu skip kelas kalau senggugut datang.


Kalau adda yang senggugut teruk juga sebab adda muntah-muntah, tapi lepas muntah alhamdulilah okay. Ada jugak adda tengok pengalaman orang lain yang senggugut, mereka sakit kepala, ada juga yang sakit belakang, ada juga yang sakit kat perut, ada juga yang kejang kaki dan yang paling teruk ada yang pengsan taw. Haaaa, bahaya taw senggugut kalau korang tak rawat masalah ni.



Kat entry ni adda bagi juga cara mengatasi sengugut tanpa menggunakan ubat

CARA MENGATASI SENGGUGUT TANPA UBAT.
  • Cara lain adalah dengan mengubah cara hidup kepada gaya hidup sihatterutama daripada segi pemakanan.
  • Perbaiki diet : Jangan cuba untuk hilangkan berat badan secara drastik. Makan makanan yang mengandungi banyak protein dan tinggi kandungan seratnya. Makan banyak sayur-sayuran, kekacang, ikan salmon, ikan sardin dan parsli.
  • Kurangkan garam.
  • Variasikan pilihan minuman : Banyakkan minum jus buah-buahan. Ia lebih enak dan sihat berbanding aiskrim atau minuman berkarbonat. Elakkan teh, kopi dan minuman beralkohol beberapa hari sebelum period kamu.
  • Ambil Vitamin Tambahan. Ambil Vitamin B dan E. Kamu juga boleh menambah magnesium dan kalsium dalam diet kamu. Beritahu doktor kamu sebelum mengambil sebarang vitamin. Sesetengah vitamin boleh bertindak balas dengan ubat-ubatan kamu yang lain dan mengakibatkan kesan sampingan jika diambil berlebihan.
  • Bagaimana dengan lemak yang berkualiti? Ya! Banyakkan makan salmon dan tuna. Ia mengandungi lemak asid omega 3 yang tinggi dan boleh mengurangkan kesakitan dismenorea.
  • Kekal aktif. Kamu boleh meneruskan aktiviti harian dan kekal cergas semasa kamu didatangi period. Joging dan berjalan bersiar-siar juga membantu. Kamu boleh meluangkan masa sekurang-kurangnya sejam untuk bersenam. Bersenam telah terbukti dapat mengurangkan kesakitan dismenorea.
  • Berhenti merokok.
  • Tenangkan fikiran. Belajar untuk meditasi. Kamu juga boleh mendengar lagu atau meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan dengan menonton filem kelakar. Bergelak ketawa juga dapat menenangkan urat saraf.
  • Tuam perut. Dapatkan tuala dan rendam di dalam air suam. Perah tuala dan letakkan tuala di atas bahagian yang sakit. Lakukan sehingga kesakitan reda.
  • Tarik nafas dalam-dalam. Baring dan tenangkan diri kamu. Jika kamu pening, padam lampu di dalam bilik dan jauhi bunyi bising. Kesakitan akan berkurang selepas kamu mengambil pil penahan sakit.
 info : KOTEX Malaysia



Kalau adda yang sengugut, biasanya adda akan minum air panas dan elakkan minum minuman sejuk atau berais dan juga makanan pedas sebab nanti perut makin jadi sakit. Sapu minyak waktu period paling tak suka sebab minyak angin bau busuk.

Ni cadangan VITAMIN yang boleh korang consume semasa period
1. Ostematrix (Kalsium-Magnesium). Untuk memastikan kita mendapat kalsium yg secukupnya. Jika anda tak suka susu, tempe dan kekacang boleh lah mencuba Ostematrix ni.
5. GLA Complex. Menggalakkan rasa kelegaan semasa kitaran haid bulanan. Biasanya, asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid.



Credit untuk blog :
 http://www.celikvitamin.com/blog/7-tips-atasi-pms-senggugut-period-pain/


Perlukan konsultasi , hubungi adda

Adda Sa'adah 
012-9489152
Sedia membantu anda.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...