Adda Sa'adah : MIGRAIN?

Sunday, 19 January 2014

MIGRAIN?


Adusss, sakitnya kepala ku, Pusingku rasa. Macam mahu pengsan jak. Macam mahu hentam jak ini kepala. Macam2 ku rasa bila sakit kepala ku ini datang. MIGRAIN. MIGRAIN. MIGRAIN. Adakah anda ingin biarkan sahaja sakit kepala tersebut? Biarkan sahaja? Memang anda bertindak kejam jika tidak cuba memcari jalan penyelesaian.


Perkataan Migrain berasal  daripada perkataan Greek 'hemikrania' yang bermaksud sebelah tengkorak atau dikenali juga sebagai vascular headache. Migraine diklasifikasikan kepada dua jenis : Classic Migraine dan Common Migraine.


Apakah faktor-faktor yang menyebabkan terjadinya migrain ?


1) Pemakanan


Pengambilan makanan yang mengandungi monosodium glutamate (MSG), cheese, nitrate, coklat, kekacang, alcohol, dan aspartame boleh menyebabkan kamu diserang migraine kerana ada diantara makanan itu mengandungi tyramine atau phenylethylamin yang boleh bertindak mengembangkan salur darah. Diet yang menurunkan kandungan gula dalam darah, tidak makan atau lambat makan mengikut jadual, serta kerap minum minuman yang mengandungi kafein seperti kopi, teh, Nescafe, coke atau pepsi juga boleh menyebabkan migraine kerana bahan ini juga boleh menyebabkan saluran darah mengembang


2) Hormone


Bagi perempuan, turun naik hormone estrogen sebelum, semasa, dan selepas haid akan menyebabkan sering diserang sakit kepala.


3) Cara hidup

Berlakunya pertukaran waktu jaga dan waktu tidur, terlebih atau terkurang tidur juga menyebabkan migraine. Bagi pelajar yang gemar belajar last minit dan mengabaikan makan dan tidur, akan menyebabkan mudah diserang migraine. Pengambilan ubat-ubatan, keturunan, perubahan cuaca, bunyi bising, menonton tv atau memandang skrin computer terlalu lama, stress, tekanan emosi dan merokok juga merupakan punca-punca diserang migraine.

Bagaimana merawat MIGRAIN ?


Mengawal pemakanan harian, kurangkan stress dengan bersenam, amalkan cara hidup teratur, berbaring di tempat gelap dan sunyi sewaktu tanda-tanda awal migraine. Mulakan mandian dari bawah keatas (kaki, badan, kepala), dengan cara ini mungkin boleh membantu kita mengelakkan diri diserang migraine.

Jangan biarkan sakit kepala berlarutan kerana mungkin akan menyebabkan migraine. Kalau kita mencapai tahap kritikal migraine, boleh menyebabkan muntah, pening, cirit-birit serta sensitive kepada bunyi dan cahaya.



  • Mengawal pemakanan harian
  • Mengurangkan stress dengan bersenam
  • Mengamalkan cara hidup teratur
  • Berbaring di tempat gelap dan sunyi sewaktu tanda-tanda awal migraine.
  • Mulakan mandian dari bawah ke atas (kaki, badan, kepala), dengan cara ini mungkin boleh membantu kita mengelakkan diri diserang migraine. 
Pengambilan ubat-ubatan seperti panadol ataupun ponstant hanya mampu mengurangkan kesakitan migraine untuk jangka masa pendek sahaja. Migraine akan kembali menyerang tanpa amalan gaya hidup yang sihat. Tambahan pula, ubat-ubatan penahan sakit mempunyai kandungan dadah yang boleh mendatangkan kesan buruk kepada badan kita untuk jangka masa panjang. Pengambilan ubat-ubatan dengan kandungan dadah yang berlarutan boleh menyebabkan masalah-masalah lain khususnya kepada wanita seperti kesukaran untk mendapatkan zuriat ataupun risiko memperolehi bayi yang tidak sihat/cacat.

BAGAIMANA MERAWAT MIGRAIN DENGAN SET MIGRAIN SHAKLEE?

1. Ostematrix (Kalsium, Magnesium & Vitamin D)

Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.

Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migraine. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.

Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.



2. B Complex

Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang migraine, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, stroke dan sebagainya.

Bagi penderita migraine, anda hendaklah mengetahui penyebab-penyebab yang boleh menjadikan anda diserang migraine. Sekiranya ia berpunca dari pemakanan, maka anda perlulah menjaga pemakanan anda. Begitu juga dengan perkara2 lain seperti aktiviti harian dan sebagainya. Serta, pertimbangkanlah tentang mengambil vitamin/supplement sebagai pembantu untuk menyelesaikan masalah anda, kerana ia pasti lebih baik dari makan ubat berasaskan dadah secara berterusan.

3. Vitamin c

Membantu memperbaiki insomnia,stress dan keresahan.


Untuk FREE CONSULTATION, 


Adda Sa'adah

Shaklee Distributor - 946350
012-9489152

InsyaAllah ini adalah perantara anda kepada masalah migrain anda. :)



2 comments:

  1. em...cmne cara nk follow blog org lain?klik kat mana ye?

    anyway..please follw my blog

    http://kvtb1malaysia.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. adam : macam ni, awak tekan "JOIN THIS SITE". macam tu je :) link blog awak bg tu link mati. hehe

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...