Adda Sa'adah : Satu Rasa dua Hati

Wednesday, 19 September 2012

Satu Rasa dua Hati

Cehhhhhhhh. Adda sa'adah! Tajuk pun kemain lagi yer! Hamvoooooooiiiiiii. HAHAHA..
Dah tajuk buku tue macam tue, tak kan gue suka suki pulak nak ubah! 
Buku yang ditulis oleh penulis Pahrol Mohd Juoi ini begitu menarik perhatian dan minat aku untuk meneruskan pembacaan. 
Kala mata menatap tajuknya mungkin hati saya akan berkata " Eeeeeee..pasal apa la buku ini" blahblahblah.
Tapi saat tangan mula menyelak helai demi helaian, rasa macam tak nak berganjak je mata ini dari meneruskan pembacaan! Ya, dengan penulisan yang sangat sempoi dan bersahaja, ia mampu menarik perhatian dan minat membaca dalam kalangan  remaja dan muda mudi. :)Percaya atau tidak saya sudah khatam baca ini buku beberapa kali! Kadang-kadang baca buku ini sampai gelak sorang2. Hihihi. mesti orang ingat budak ini gila kan sebab duk sengih2 depan buku sorang! Bila baca mesej senyum dan gelak2 sorang orang kata aku angau! Aku nak angau dengan siapa??? BF pun tak da! hahaha Arghhhhhh, persetankan semua itu! * Gelak jahat*

Mencipta cinta sepanjang perkahwinan
Perkahwinan......ia boleh menjadi kebun percintaan boleh juga menjadi pusara percintaan!
Ayat yang paling aku suka dalam buku ini ialah :
"Belajarlah dari bulan yang cuma mengambang sekali sekala,bulan tidak mengambang setiap malam....... kerana dengan mengambang sekali sekala itulah pungguk jadi perindu, manusia jadi ternanti-nanti"
Mungkin juga aku suka ayat ini sebab aku memang suka tengok bulan, langit, bintang, pelangi alam. Aku suka tengok keindahan sebab setiap kali aku tengok benda2 macam tue, aku kembali berfikir tentang kekuasaan Dia. :) Ada sesuatu yang boleh aku pelajari dari alam. Hati yang tak tenang jadi tenang.

Nah, ini penulisnya!
Oh, handsome jugakkkkkk.HEHEHE
Nama penuh : Pahrol Mohd. Juoi
Lahir : Ipoh,Perak
tarikh lahir : 20 Mei 1961



Sebagai kesimpulan, buku ini harus dijadikan sebagai bahan bacaan. Bagus sangat2. Aku sarankan dan cadangkan kepada korang semua untuk membaca buku ini ya! Best sangat2. Tak rugi. Berbaloi dengan harga dia RM22.50, tapi buku aku tak beli sebab ada orang bagi! Kahkahkah.


#Assalamualaikum.
*Senyum sokmo*
:)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...