Adda Sa'adah : Mekar kuntuman bunga

Wednesday, 12 September 2012

Mekar kuntuman bunga

Hai. Assalamualaikum. :)
Alhamdulilah, lega rasanya bila baju yang nie dah siap dijahit. Sebenarnya baju ini tidak mengambil masa yang lama untuk dijahit, oleh kerana kekangan masa yang dihadapi oleh saya, maka baju ini sedikit lewat untuk disiapkan. Namun, ianya masih disiapkan sebelum tarikh yang dikehendaki oleh kakak itu. Hihihi
Katanya,dia mahukan corak yang ringan-ringan sahaja, jangan sarat sangat. Macam nie bunyinya dalam Bahasa Kelantan aka Bahasa German!!!!!! Hahahha..Arhhh, retis la ko nie.:) Okayyy, sekarang jom kita semua belajar bahasa kelantan...Opppps, bahasa kelate. hiks3

Katanya :
"adda, ikot la nok buat guano2 pom, hok penting bolih pakai masa kak kawen, pahtue jange buat sarat n berat sangat deh"

Transalation : 
"Adda, ikut la nk buat macam mana, yang penting boleh pakai masa kak kahwin, lepas tu, jangan buat sarat dan berat sangat yer"

# Hahahaha. Harapnya faham la terjemahan saya yer!

Jadi, sebagai kesimpulannya, kakak ini telah emailkan kepada saya corak yang telah berkenan dihatinya untuk dijahit oleh Cik Adda kita nie! :)
Jadi ini la corak yang telah diminta tersebut :

Ini la corak yang telah diminta oleh kakak tersebut.
Curi2 snap ye kak! hehehe



Setelah siap dihantar kepada kakak itu, kakak itu cakap " Eh, corak yang email tu macam nie eh? " HEHEHE
Aiyooo, yela kak! Ni la corak yang akak nak tue. 
:)



Sama tak ?
Rasanya hampir sama dah dgn corak yang diminta. hihihi
apapun, naik seri! Vogue gitu akak kita nanti.
Hihihihi

Amin, jika kakak ini suka baju ini. hehe..
Lega. Alhamdulilah. Yang tangan saya hanya buat yang simple sahaja sebab tuannya dah pesan buat yang simple sahaja! ~ :)
#Salam 1 Malaysia.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...