Adda Sa'adah : Kek batik

Friday, 21 September 2012

Kek batik

Hai u'olllssssssssss. Hakhak
Jom belajar buat kek batik. Kek batik ini sangat senang dan mudah untuk dibuat. Even budak Pendidikan Khas pun boleh buat taw! hahaha. Jadi korang nie, sila buktikan yang korang pun boleh buat jugak taw! hikhik

Resipi Kek Batik Adda :
1)Telur ayam 6 biji 
p/s: ( Kalau ayam kat rumah korang tak bertelur lagi, mungkin boleh guna telur itik atau telur angsa)
2) Biskut marrie perisa asli atau coklat 1 paket
3) Susu cair 2 cawan
4 ) Gula 2 cawan
5) Buttercup 
6) Milo atau Ovaltine
( Tapi aku suka guna ovaltine, sebab rasa coklat. RATU COKLAT )

Bahan-bahan untuk uat kek batik:)


CARA-CARA MEMASAK :
1) Patahkan biskut marrie - ketepikan
2) Masukkan kesemua bahan kecuali biskut marrie kedalam periuk.
3) Buka api yang perlahan. Nak cepat buka api besar! Hakhak.
tapi kalau jadi pape, jangan salahkan aku. hiks
4) Kacau sehingga pekat yer.
5) Agak2 dah likat, masukkan biskut marrie yang dah dipatah2kan.
6) Ambil satu bekas, masukkan dan tekan rapat2 yer.
7) Masukkan dalam peti ais.
8) Masa untuk makan KEK BATIK.




Tadddaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa......

Kek batik yang telah siap dibuat.
Yummy.sedap!


Yang hiasan tue boleh guna kacang tumbuk plus rainbow rice. Tapi serius, kek batik letak kacang tumbuk nie rasa dia sangat sedapn banding dengan tak letak. Feel the different! Hakhaks.

Selamat mencuba!

#Assalamualaikum
*Adda Sa'adah*
:)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...